Apr 25, 2025 14:00 JST

Source: Tsuburaya Productions Co., Ltd

Tsuburaya Productions Memperkenalkan Era Baru Penjahat Dengan “Shadow of Undying Vengeance” – Booster Pek Bertemakan Kaiju Pertama Dalam Permainan Kad Ultraman

  • “Shadow of Undying Vengeance” merupakan pengembangan pertama bertemakan Kaiju dalam siri Ultraman Card Game dan akan dilancarkan di 23 negara dan rantau pada 25 April 2025 dalam bahasa Inggeris, Jepun, Cina Ringkas dan Cina Tradisional.
  • Booster pek ini menampilkan antagonis ikonik dari francais Ultraman – termasuk Ultraman Belial, Alien Baltan, Jugglus Juggler dan Kyrieloid – dalam pendekatan berani yang mengubah sempadan pertempuran francais.
  • Dengan pengenalan mekanik baharu “Peningkatan Tahap Kaiju”, pengembangan ini memperkenalkan strategi yang lebih mendalam dan evolusi dalam permainan – memaksa pemain berfikir pantas, bermain secara bijak dan menerima cabaran dalam pertarungan.

MALAYSIA, Apr 25, 2025 - (ACN Newswire) - Tsuburaya Productions melancarkan “Shadow of Undying Vengeance”, pengembangan pertama yang memberi fokus kepada warta penjahat serta booster pek rasmi ketiga dalam siri Ultraman Card Game. Meneruskan momentum daripada keluaran terdahulu seperti “Penjaga Bumi” dan “Pusaran Merah dan Biru”, pengembangan terkini ini mengajak para peminat menyelami sudut gelap dunia Ultraman, dengan memperkenalkan penjahat legenda, kesan kad yang baharu dan mekanik permainan inovatif yang menjanjikan pengalaman pertempuran yang segar dan mencabar.

Sorotan utama adalah penampilan sulung Ultraman Belial – salah satu penjahat paling ikonik dalam francais Ultraman. Dahulunya seorang Pahlawan Ultra, kejatuhan Belial akibat dahagakan kuasa menjadikannya simbol kegelapan dalam mitologi Ultraman. Bersamanya adalah Kaiju-kaiju popular seperti Alien Baltan, Alien Metron dan Kyrieloid – masing-masing mempunyai kebolehan unik dan strategi yang mencabar pemain berpengalaman.

Mekanik Peningkatan Tahap Kaiju – Strategi Baharu yang Mencabar

Kad RRR “Alien Metron” eksklusif – dengan ilustrasi yang diinspirasikan dari adegan ikonik dalam Ultraseven – disertakan dalam setiap kotak mengandungi 24 pek.

Buat pertama kali dalam sejarah Ulraman Card Game, mekanik baharu ini membolehkan Kaiju bertanding seimbang dengan Hero Ultra. Pemain kini boleh menaik taraf kad Kaiju mereka, membuka strategi baharu dan dinamik permainan yang berubah-ubah. Ini memberi ganjaran kepada pemain yang bijak, fleksibel dan berani mengambil risiko – menjadikan setiap permainan lebih sengit dan tidak dapat dijangka.

Koleksi Ikonik Bertemu Permainan Inovatif

Kad Art Parallel (AP) “Ultraman Nexus”, SP “Jugglus Juggler”, SSSP “Ultraman Belial”, Ultra Rare (UR) “Ultraman Ginga”, Extra Parallel (ExP) “The Man who Created SKaRD” (dari kiri ke kanan)

Seperti keluaran terdahulu, pek ini juga menyertakan pelbagai jenis kad dari Common hingga Triple Rare (RRR), serta kad parallel eksklusif seperti SP, AP, UR dan ExP. Kali ini, ExP menampilkan ilustrasi karakter kegemaran peminat, Emi Aobe, dari adegan ikonik dalam siri Ultraman Blazar – dilukis oleh artis terkenal Jepun, sacanahen.

“Shadow of Undying Vengeance” memperkenalkan strategi pembinaan dek yang baharu dengan kad berfokuskan Kaiju dan mekanik peningkatan tahap – membolehkan pemain mencipta dek bertemakan penjahat yang menarik dan berkuasa sebagai alternatif kepada binaan Hero Ultra tradisional.

Tarikh keluaran rasmi: Jumaat, 25 April 2025

Tersedia secara global melalui pengedar sah, peruncit utama, dan platform atas talian di 23 negara dan rantau.

Maklumat lanjut: https://ultraman-cardgame.com/page/sg/top

Mengenai Tsuburaya Productions

Tsuburaya Productions ialah sebuah syarikat hiburan global yang menyediakan kandungan, produk dan perkhidmatan yang penuh dengan kreativiti dan inovasi. Sejak tayangan Ultra Q dan Ultraman pada tahun 1966, syarikat ini terus mencipta watak-watak dan jalan cerita yang disayangi oleh peminat di seluruh dunia.

Laman Web Rasmi Global TSUBURAYA PRODUCTIONS: https://tsuburaya-prod.com/
Laman Web Rasmi Ultraman Card Game: https://ultraman-cardgame.com/

Mengenai Ultraman Card Game

Ultraman Card Game ialah permainan kad koleksi yang dinamik, dibangunkan oleh Tsuburaya Productions, membawa alam semesta Ultraman yang ikonik ke dalam kehidupan melalui permainan strategi dan kad koleksi. Direka untuk peminat dari semua peringkat umur, permainan ini menampilkan ilustrasi berkualiti tinggi yang memaparkan wira Ultraman, kaiju dan gerakan istimewa — menawarkan pengalaman permainan yang menyeronokkan dan bernilai untuk dikumpul. Dengan pelancaran serentak dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia, Ultraman Card Game menjemput pemain dari seluruh dunia untuk menerokai warisan hebat Ultraman, menyertai pertempuran epik, dan mengembangkan koleksi mereka.

Source: Tsuburaya Productions Co., Ltd
Sectors: eSports, Gaming, Daily News, Local Biz

Copyright ©2025 ACN Newswire. All rights reserved. A division of Asia Corporate News Network.


Latest Release

More Latest Release >>